Tuesday, February 14, 2012

PENGENALAN

Kami merupakan pembekal barang2 gamat yang asli. Kami mendapatkan brg2 tersebut terus dari kilang pemprosesan gamat di Langkawi. Segala tempahan boleh dibuat terus melalui email khazanahalam5@gmail.com ataupun sms ke 019-7616859..Sila lihat produk2 keluaran tersebut di bawah.

Monday, February 6, 2012

Apa Itu GAMAT?


GAMAT merupakan sejenis haiwan laut yang biasanya mendiami di celah-celah atau di bawah batu karang, berbentuk seakan-akan timun. Gamat boleh didapati dalam pelbagai warna, ada yang berwarna hitam, putih, perang, berbelang dan lain-lain. Gamat mampu hidup walaupun badannya dipotong-potong dan akan bercantum semula setelah dicampak ke laut.  Gamat yang dipotong dua, campakkan ke laut akan menjadi dua ekor gamat. 

Secara tradisional, Gamat digunakan oleh nenek moyang kita sejak beratus tahun dahulu untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin, sebagai minuman tonik untuk mengembalikan tenaga, dijadikan minyak urut untuk meredakan sakit sendi dan otot. Jika kita lihat di pasaran sekarang, terdapat pelbagai jenis barangan gamat seperti air ibu gamat, ibu gamat kering, minyak gamat, bedak gamat, balm gamat dan sebagainya. 

Gamat ternyata mampu menyembuhkan luka dalaman (seperti penyakit gastrik) dan luka luaran dengar kadar yang cepat, mengurangkan rasa sakit, mengawal simptom asma, meningkatkan kecepatan jantung berfungsi, melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar metabolisme sel-sel badan yang secara tidak langsung meningkatkan penambahan dan bekalan tenaga, mengurangkan paras kolesterol dan glukosa.

Saturday, February 4, 2012

Lagi Keluaran GAMAT!

Air GAMAT Asli (RM7.00)

Air Gamat ini mempunyai pelbagai khasiat antaranya boleh mengubati luka dalam badan, pedih dada, penat lelah, badan tak berpeluh, boleh diminum oleh perempuan yang baru lepas bersalin, lemah jantung dan juga yang mengidap jantung berlubang.

Anti Resdung (RM 12.00)


Ubat ini boleh menyembuhkan berbagai penyakit sebagai mencegah resdung, jerawat, bintik-bintik hitam di muka, ruam-ruam gatal, kudis, biji-biji seluruh badan, hidung berhingus, gatal-gatal di celah atau di pelipat.  

Minyak Ibu Gamat (RM2.50)


Minyak ibu Gamat ini adalah minyak yang paling di cari- cari oleh kebanyakkan pelanggan kerana khasiatnya. Digunakan secara tradisional untuk melegakan luka kecil, lenguh-lenguh sendi, gatal-gatal ringan,  sakit perut dan boleh digunakan untuk kanak-kanak yang kencing malam.

Sabun Gamat (RM5.90)


Sabun Gamat ini amat sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. Ia boleh melembut dan melicinkan kulit . Sabun ini juga boleh digunakan untuk kesihatan tubuh badan.

Losyen Pati Halia + Gamat (RM22.90)



Losyen ini juga mempunyai pelbagai khasiat. Antaranya ia membantu membuang angin dalam badan, baik untuk wanita lepas bersalin, melancarkan peredaran darah, membantu melegakan sakit otot, kebas dan sengal-sengal sendi terutamanya lutut. Losyen ini juga turut membantu memecahkan lemak serta melangsingkan badan. Ia juga boleh membantu menyelesaikan masalah selulit. Sesuai digunakan untuk urutan dan aktiviti sukan.



Barang Yang Dihasilkan Dari GAMAT

Stylo Hair Gel With Sea Cucumber (RM7.00)


                                  
Bagi anak2 remaja yang ingin mencuba kelainan, kami telah menghasilkan satu produk utk stylo rambut. Selain bergaya ia juga digunakan untuk berubat. Itulah keistimewaan gel rambut gamat. Ia mampu merawat masalah uban dan masalah rambut gugur.


Krim Susu Kambing + Gamat (RM12.00)

                                  
Susu kambing mempunyai khasiat yang begitu hebat pada kulit manusia dan mampu merawat pelbagai penyakit yang berkaitan dgn kulit. Sehubungan dengan itu, terhasillah satu produk susu kambing yang di campur dengan gamat dan di rumus secara tradisonal dan bioteknologi untuk memaksimumkan khasiatnya. Maka ia bukan sahaja mampu merawat masalah kulit, ia juga mampu untuk merawat permasalahan sakit lutut, sengal2 badan, kebas2 kaki, tangan dan masalah sakit tulang serta pinggang. Keistimewaan krim ini, apabila di sapu xmenyebabkan berminyak serta berasa selesa dengan kehangatan menthol.

Shampoo Gamat + Multi Herbal Camomile Extract (RM21.00)

                                            
Bunga comomile di gunakan secara tradisional oleh masyarakat org asli bagi melembutkan dan menghitamkan rambut serta menghilangkan masalah rambut yang terlalu berminyak. Dengan teknologi yang dimiliki sekarang, hasil dari campuran dan rumusan td terhasillah shampoo yang mampu merawat masalah kulit kepala, seperti rambut gugur, kelemumur, uban anak2 remaja. Keistimewaannya ia dijadikan shampoo bila rambut td basah utk cucian, semasa rambut kering ia dijadikan sebagai minyak rambut utk rawatan.

Sirap Batuk Gamat (RM12.00)

                                 
Sirap batuk gamat dirumus secara tradisonal untuk menghilangkan masalah batuk, gatal kerongkong, kecacingan kanak-kanak dan panas dalam badan. Keistimewaan sirap batuk gamat ini ialah 100% menggunakan herba tanpa melibatkan bahan kimia. Oleh kerana itu ia tak menyebabkan mengantuk serta boleh diambil dengan kapasiti yang banyak dan boleh di minum oleh semua peringkat umur.

Pelbagai Jenis Bam (RM10.00) 4 Botol

                                
Bam dirumus secara tradisonal bagi mengatasi permasalahan ringan seperti sakit kepala, pening kepala, selsema dan sebagainya. Ditawarkan dengan 5 pilihan bau dan warna, mempunyai khasiat yang sama iaitu Bam Gamat, Bam Kayu Putih, Bam Pala,Bam Serai Wangi dan Ubat Gatal Gamat.

Bedak Bayi Gamat (RM10.00) 2 Botol

                                
Bedak bayi gamat, satu penemuan yang menakjubkan dalam menghasilkan produk yang berasaskan gamat. Tterhasilnya bedak bayi gamat hasil dari gabungan gamat dan bioteknologi amat mujarab bagi merawat permasalahan ruam-ruam pampers, ruam peluh, masalah gatal bagi kanak2 dan dewasa. Paling istimewa mampu menghilangkan masalah jerawat remaja yang dalam proses peningkatan horman dewasa.