Monday, February 6, 2012

Apa Itu GAMAT?


GAMAT merupakan sejenis haiwan laut yang biasanya mendiami di celah-celah atau di bawah batu karang, berbentuk seakan-akan timun. Gamat boleh didapati dalam pelbagai warna, ada yang berwarna hitam, putih, perang, berbelang dan lain-lain. Gamat mampu hidup walaupun badannya dipotong-potong dan akan bercantum semula setelah dicampak ke laut.  Gamat yang dipotong dua, campakkan ke laut akan menjadi dua ekor gamat. 

Secara tradisional, Gamat digunakan oleh nenek moyang kita sejak beratus tahun dahulu untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin, sebagai minuman tonik untuk mengembalikan tenaga, dijadikan minyak urut untuk meredakan sakit sendi dan otot. Jika kita lihat di pasaran sekarang, terdapat pelbagai jenis barangan gamat seperti air ibu gamat, ibu gamat kering, minyak gamat, bedak gamat, balm gamat dan sebagainya. 

Gamat ternyata mampu menyembuhkan luka dalaman (seperti penyakit gastrik) dan luka luaran dengar kadar yang cepat, mengurangkan rasa sakit, mengawal simptom asma, meningkatkan kecepatan jantung berfungsi, melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar metabolisme sel-sel badan yang secara tidak langsung meningkatkan penambahan dan bekalan tenaga, mengurangkan paras kolesterol dan glukosa.

No comments:

Post a Comment